MAISARA

Bantuan

Penghantaran

Kami menghantar pesanan ke seluruh Malaysia dan mengira kadar mengikut negeri alamat anda. Pilih kaedah penghantaran semasa checkout.

Kaedah dan kadar

  • J&T Express

    Semenanjung
    RM 8.00
    Sabah, Sarawak, Labuan
    RM 12.00

    Anggaran sampai: 2-4 hari bekerja selepas pesanan dihantar.

  • Pos Laju

    Semenanjung
    RM 7.00
    Sabah, Sarawak, Labuan
    RM 11.00

    Anggaran sampai: 2-4 hari bekerja selepas pesanan dihantar.

Zon penghantaran

Semenanjung merangkumi Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sabah, Sarawak dan Labuan dikira zon Timur.

Kadar dikira daripada negeri yang anda pilih pada alamat penghantaran. Jika negeri tersalah pilih, kadar yang dipaparkan juga akan tersalah, jadi semak alamat sebelum membayar.

Masa pemprosesan dan penghantaran

Pesanan diproses dalam 1-2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan. Selepas pesanan diserahkan kepada kurier, anggaran sampai ialah 2-4 hari bekerja.

Hujung minggu dan cuti umum tidak dikira dalam anggaran ini. Tempoh kurier boleh berubah semasa musim perayaan.

Menyemak status pesanan

Status dan sejarah pesanan boleh dilihat dalam akaun anda di halaman Order selepas log masuk. Setiap pesanan melalui langkah yang sama: menunggu bayaran, diproses, kemudian dihantar.

Jika pesanan anda belum bergerak selepas tempoh anggaran, hubungi kami di Hubungi Kami dengan nombor pesanan supaya kami boleh semak dengan kurier.

Sebelum menghantar

Pastikan alamat lengkap dengan nama jalan, poskod dan nombor telefon yang boleh dihubungi. Parcel yang tidak dapat dihantar kerana alamat tidak lengkap akan dipulangkan kepada kami, dan penghantaran semula mengambil masa tambahan.